Tuesday, January 25, 2011

MENGUMPAT!!!

Fuyooo... tengok pada title kat atas tu kome (ni bahasa orang Perak ek bermaksud korang sume..hehe) mesti ingat aku nak mengumpat orang kan? kan? idak ler... aku nak cerita orang yang suka mengumpat orang ni... Selalu aku tengok kat dalam drama-drama tv jek... tapi bila dah kena batang hidung sendiri baru aku tau betapa bahananya bila bersama dengan orang yang macam ini.. Aduii malang betul la... Bukan la aku kata aku nie baik sgt... Tapi tak la terpikir kat kepala aku smpai nak cerita pasal hal luar dalam seseorang... huhh!! Bayangkanlah kawan baik dia sendiri pun die mengumpat macam-macam belakang orang tambah aku ni pulak lagi la tak berapa nak baik dengan dia...uisshhh... usah dikenang la... macam-macam la dia kata aku... Dia ingat tak ada orang nak sampaikan balik pe dia cakap kat aku... Kalau aku ni jenis suka bergaduh, rasenya dah lame aku serang die ni.. tak tau la plak nanti bila tahap kesabaran dah maksimum!! Cuma aku ni jek baik bila die mengumpat pasal sape-sape tak pulak aku nak sampaikan balik...

Papepun aku mintak maaf le kalau sape2 terase... tak terniat pun... tapi serius aku cakap memang aku dah tak tahan sangat dah nak dengar die cerita pasal buruk2 orang ni kalau cerita tu betul tak apa, ni die pakai buat kesimpulan sendiri macam dia duduk satu umah dengan orang yang die buruk2kan tu... bayangkan dia punya cerita macam serba serbi dia tau kat dunia ni, bila kita nak betulkan pe dia cakap, confirm buat muka macam bengang... adoii... nak tak nak aku dengar je la tanpa komen apa2... tapi aku rasa lately die macam faham aku tak suka nak dengar cerita2 dia dah sebab mungkin ada satu hari tu masa die tengah syok cerita pasal orang kat aku, dengan lantasnya aku capai handphone buat2 msg.. so, masa dia cerita tu aku tak tengok langsung muka die.. bukan apa, aku dah rungsing sangat nak dengar cerita pasal orang ni... baik aku pikir pasal masalah aku daripada dengar cerita buruk orang itu orang ini...

So kesimpulannya, Janganlah kita mencerita hal orang kalau kita sendiri tak tau kebenarannya... kerana fitnah itu berdosa... Hukumnya umpama kita membunuh orang... aduhh... minta simpang la..  Peringatan ini pun untuk aku juga... Semoga kita semua ambil sebagai iktibar dan sentiasa beringat apabila nak cakap sesuatu perkara.

Ok.. renung2kan dan selamat beramal!!! hehe..

ChentaZS =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers